>

Saturday 8 September 2012

Perkembangan Dr. Health 9000



 Development of the DR. HEALTH 9000 Objective of the DR. HEALTH 9000 (ini adalah artikel kesihatan untuk pengetahuan umum dan tidak ada kena-mengena dengan fungsi Dr. Health 9000, kami tidak membuat 'claim' atas fungsi, faedah atau keberkesanan dengan apa-apa penyakit dengan mesin Dr. Health 9000) ________________________________________
RAWATAN 1- HIGH VOLTAGE (RAWATAN TERAPI MEDAN ELEKTRIK)
Arus ulang alik akan membentuk medan voltage ulang-alik yang berubah-ubah menerusi proses berteknologi tinggi. Apabila seseorang diletakkan dalam lingkungan medan ini, kesan-kesan fisiologikal menerusi caj-caj elektrik akan dihasilkan. Dalam lingkungan medan elektrik, getaran-getaran yang lemah di dalam tubuh akan dikeluarkan. Merawat dan memperlengkapkan ‘inequilibrium’ di beberapa tisu organ dan sel-sel dalam tisu tubuh badan akan menghasilkan pergerakan yang sepadan dengan medan elektrik. Hasilnya sel-sel dalam tisu akan tersusun ke arah satu kutub daripada susunan kutub yang selerak dan pergerakan yang rawak. Hasilnya bendalir di dalam dan di luar sel, dalam keadaan tertentu, ion dalam bendalir (potassium, sodium, fosforos, magnesium dan kalsium) akan diedarkan menurut taraf normal manusia (kesan ionik). Kesan High Voltage:
Pengionan dihasilkan di permukaan badan serta suasana sekeliling
Menggalakkan penyembuhan tulang dan mengurangkan penghakisan kalsium tulang
Meningkatkan kandungan kalsium dan mengukuhkan nilai pH di dalam cecair tubuh
Melancarkan proses elektrolisis ion potassium, sodium, fosforos, magnesium dan kalsium di dalam bendalir badan secara optimum
Membersihkan saluran darah, mengurangkan tekanan darah dan kandungan lemak dalam darah, mengubah pH darah daripada keadaan berasid kepada alkali lemah
Mengurangkan keletihan sistem saraf dan meningkatkan sifat konduktur dalam sistem saraf manusia
Mengaktifkan sel-sel, membaikpulih kosentrasi ion potassium, sodium dan klorin di luar dan di dalam sel dan meningkatkan keutuhan membran sel
Membaikpulih sistem metabolisma dan liposis
Mengurangkan keletihan dan kesakitan
Membaikpulih sistem peritalsis
membaikpulih sistem ketidakstabilan sistem endokrin
Mengeluarkan gelombang otak dan magnetik yang tidak normal untuk membaikpulih kualiti tidur dan melegakan sakit kepala

RAWATAN 2 – HIGH CYCLE @ LIGHT WAVE ENERGY (TENAGA GELOMBANG RINGAN)
Rawatan berkesan buang lemak dan kolestrol Medan frekuansi sederhana yang melalui getaran frekuensi yang berkelajuan tinggi akan menghasilkan medan arus elektrik berfrekuensi sederhana yang mempunyai voltan negatif yang stabil. Ianya boleh disalurkan kepada saluran badan untuk membantu mengekalkan keseimbangan tenaga biologi (tenaga haba, elektrik, makanikal dan tenaga kimia) yang menambah tenaga dinamik dalam tubuh. Frekuensi medan elektrik mengalami perubahan sebanyak 76,000 Hz setiap saat, yang mana boleh menghasilkan 76,000 gegaran pada sel kita pada setiap saat. Jadi, menjalani rawatan terapi elektrik selama 30 minit seperti menjalani senaman erobik selama 3 jam.
Kesan Gelombang Tenaga Ringan:
Memanaskan badan, melancarkan peredaran darah dan membaiki peredaran mikro
Meningkatkan peredaran darah dan sistem saraf
Mempercepatkan pemecahan lemak
Meningkatkan daya hidup, menghilangkan kepenatan dan keadaan kesihatan lain

RAWATAN 3- (RAWATAN NEGATIVE VOLTAGE)
Semasa Pemprosesan berlaku, medan elektrik yang terdiri daripada cas static voltan tinggi terhasil. Ianya menyebabkan kesan static dan pengutuban di dalam badan manusia di mana mendorong kepada pemberian tenaga dalam badan. Voltan negatif yang mengecas medan elektrik akan membaiki peredaran cas kepada badan . Ini membolehkan komponen-komponen tisu (air, elektrolit, molekul-molekul) bergerak bebas antara sel, seterusnya menghasilkan perubahan bio fizikal dan bio kimia. Perubahan ini akan menjurus kepada peningkatan kawalan badan, kesuburan, ketahanan dan fungsi metabolisma.

Kesan Negative Voltage
· Menambahkan ion negative ke dalam badan dan menambah tenaga biologi badan
· Membuang membrane yang tidak sihat
· Memberi tenaga dalaman kepada tubuh dan menghilangkan kelesuan
· Menghilangkan tekanan dan kemurungan
· Ia boleh mengawal potensi penyembuhan sel, mengurangkan gelombang yang tidak normal dalam otak
· Mengurangkan tekanan darah tinggi, kolestrol dan peningkatan potassium
· Mengukuhkan otot jantung, meningkatkan fungsi paru-paru dan perlupusan karbon dioksida
· Melancarkan keberkesanan 5-serotonin dalam darah, meningkatkan system urat saraf dan metabolisma.
· Melancarkan peredaran darah, mengembangkan pertumbuhan tulang, malah mengurangkan gula dalam darah dan otot berasid
· Membantu meningkatkan keseimbangan tubuh, mengaktifkan fungsi system endodermal.

RAWATAN 4- (RAWATAN SLEEP VOLTAGE)
Melalui pemprosesan berteknologi tinggi, arus ulang-alik akan membentuk medan elektrik static bervoltan rendah dimana akan memberi kebaikan kepada seluruh badan.
Kesan Sleep voltage:
· Melancarkan korteks celeral, system saraf dan fungsi endokrin.
· Mengurangkan tekanan, keletihan fizikal dan mental
· Menguatkan daya ingatan, menyembuhkan sakit kepala
· Mengurangkan tekanan darah tinggi dan mempercepatkan pemecahan gula dalam darah
· Meningkatkan tindak balas badan dan penyesuaian badan
· Melancarkan kadar protein serum A/G (Albumin/globulin)
· Meningkatkan sodium, kalsium dan kandungan bacaan globulin di dalam sauran darah dan mengurangkan kandungan potassium.

Ciri-ciri lain: RAWATAN 5 & 6
i) ELETRONIC PEN digunakan untuk bahagian tubuh badan yang bermasalah
tak kiralah bengkak-bengkak,lenguh-lenguh,sengal-sengal dan
sebagainya.cara menggunakan adalah dengan meletak hujung leading prong
secara serta merta pada bahagian bengkak dan lurutkannya secara cepat. Juga sesuai dan berkesan untuk sakit sendi, gout, stroke, jantung, hbp, diabetes, kebas, arthritis dan pening-pening.Terdapat 2 Jenis: yang mata bulat dan mata ‘roll’. Yang mata bulat hendaklah mencari titik acupoint untuk mengubati penyakit tertentu dan yang mata ‘roll’ dilurutkan pada bahagian yang bermasalah seperti kebas, sakit lutut dan sebagainya.
Awas: Terapi elektrostatik tidak akan dirasai kesannya pada tahap Optimum jika tidak dilakukan tiap-tiap hari. Cadangan lakukan aktiviti lain semasa melakukan terapi elektrik seperti membaca Surat Khabar atau menonton TV.
-translated by Prof. Dr. Zuremy from ‘Japanese medicine for future’.

No comments:

Post a Comment